Aplikasi ‘Visit Pahang’ sedia maklumat pelancongan

KUANTAN: Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin , sebentar tadi melancarkan aplikasi percuma ‘Visit Pahang’ untuk kemudahan pelancong dalam dan luar negara.    Beliau berkata, ia adalah inisiatif pihaknya dalam menyediakan  maklumat secara menyeluruh termasuk penginapan, produk pelancongan, restoran dan kafe serta pengangkutan  berkaitan sektor pelancongan di negeri ini.  Katanya,  aplikasi berkenaan yang dibuat sempena Tahun Melawat Pahang (TMP) 2017,  bertujuan memudahkan pelancong dalam dan luar negara untuk mendapatkan maklumat di hujung jari.   Mohd Sharkar berkata, aplikasi itu  boleh dimuat turun melalui Google Play dan App Store dengan carian ‘Visit Pahang’.    “Aplikasi ini  menyenaraikan aktiviti-aktiviti menarik, destinasi pelancongan, tempat makan popular dan lokasi penginapan untuk kemudahan kepada pelancong,” katanya ketika berucap pada majlis berkenaan, di sini, sebentar tadi.  Beliau berkata, kerajaan negeri berharap dengan adanya aplikasi itu memudahkan percutian pelancong sepanjang berada di Pahang.   “Kita juga yakin usaha ini dapat meningkatkan pendapatan kerajaan negeri dengan jumlah pelancong yang bertambah dan seterusnya menaikkan nama Pahang ke peringkat antarabangsa,” katanya.

Sumber

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s