Kebakaran Asrama Pusat Pendidikan Islam An-Nur

KUANTAN 16 JAN – Paduka anakanda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, YM Tengku Hasanal Ibrahim Alam Shah Ibni Tengku Mahkota Tengku Abdullah turun padang apabila dimaklum Asrama Pusat Pendidikan Islam An-Nur di Penor terbakar malam tadi.


Yang Mulia Tengku Hasanal berangkat tiba jam 10.30 malam di tempat kejadian. Sebaik tiba Tengku Hasanal dipersembah taklimat ringkas oleh Mudir Sekolah tersebut mengenai kejadian yang mula dikesan jam 8.10 malam yang membabitkan 110 orang pelajar lelaki tinggal sehelai sepinggang.


Tengku Hasanal kemudiannya berangkat menyaksikan bangunan asrama dua tingkat yang hangus terbakar 100 peratus di tingkat atas.
Selaku wakil paduka Ayahanda, Tengku Hasanal turut menemui pelajar-pelajar terbabit yang tempatkan dibahagian atas bangunan surau sekolah tersebut.


Sebelum berangkat pulang, Yang Mulia Tengku Hasanal turut mengagihkan bantuan keperluan yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kain pelikat, alas tidor, bantal, selimut dan tuala kepada mangsa.
Esok jam 3.00 petang, YM Tengku Hasanal akan berangkat sekali lagi bagi menyempurnakan sumbangan kepada mangsa dan pihak sekolah sebagaimana titah Pemangku Raja Pahang yang telah berkenan mengurniakan sumbangan sebanyak RM300.00 setiap pelajar dan RM5,000 kepada pihak sekolah menerusi tabung kebajikan Yayasan Istana Abdulaziz dan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP).
Turut hadir mengiringi YM Tengku Hasanal, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Asas Tani, YB Dato’ Shafik Fauzan Sharif, Pegawai Daerah Kuantan, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Ketua Polis Kuantan.
Kepada sahabat-sahabat yang ingin menyumbang bagi meringankan pihak sekolah untuk membaikpulih/bina baharu bangunan Asrama termasuk bantuan peralatan dan keperluan pelajar boleh menyumbang terus ke Acc Sekolah seperti dibawah:-
BANK ISLAM : 0601 9010 0218 68

Nama akaun : Bendahari PONDOK AN-NUR
MAYBANK: 5560 1101 8085

Nama akaun : PONDOK AN-NUR
Untuk Maklumat Lanjut bolehlah sahabat-sahabat berhubung terus dengan pihak pengurusan sekolah seperti dibawah.
MUDIR SEKOLAH : Mohd Zaki Mohd Zulkafali – 0132743889

Ustaz Mokhtar Senik – 0199532456 

Bendahari Pondok (Cikgu Ramdi) – 0199663629 
Sumber #rbonews

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s