Fokus rampas kembali kerusi milik BN

ASYRAF WAJDI DUSUKI (depan, enam dari kanan) bersama barisan kepimpinan UMNO Bahagian Indera Mahkota dalam Majlis Perasmian Persidangan Perwakilan Pemuda UMNO Indera Mahkota di Kuantan, kelmarin.

KUANTAN 7 Ogos – Seluruh ahli dan kepimpinan UMNO Bahagian Indera Mahkota perlu bekerja keras dan bersatu hati demi memastikan Barisan Nasional (BN) dapat merampas kerusi Parlimen Indera Mahkota pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) akan datang.

Ketua UMNO Bahagian Indera Mahkota, Datuk Mustaffar Kamal Ab. Hamid berkata, BN juga perlu merampas kembali dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Semambu dan Beserah yang turut dimenangi pembangkang pada pilihan raya umum lalu. “Kita sedar pada pilihan raya umum lalu, kita tewas 3-0 kepada pembangkang dan pada PRU-14 nanti, kita perlu memastikan kemena­ngan kembali berpihak kepada kita.

“Untuk memperolehi kemenangan, kita perlu bekerja kuat di semua peringkat dan turun bertemu rakyat dan pengundi. Apa yang penting jangan ada pergeseran dan perbalahan antara sesama kita,” katanya ketika berucap dalam Persidangan Perwakilan Pemuda UMNO Indera Mahkota yang dirasmikan Ahli Majlis Ter­tinggi UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki di sini semalam.

Yang hadir sama, Ketua Pemuda UMNO negeri, Mohd. Shahar Abdullah dan Ketua Pemuda UMNO Indera Mahkota, Muhammad Faiz Hashim.

Mustaffar Kamal berkata, seluruh ahli dan kepimpinan parti juga perlu menyokong siapa sahaja calon yang dipilih kepimpinan BN untuk bertanding di Indera Mahkota.

“Jangan kita merendah-rendahkan siapa calon yang akan dipilih nanti. Apa yang penting bukan individu tetapi adalah kemenangan parti,” jelasnya.

#Sumber

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: