Pahangnews (Blogger CK)

Info terkini Darulmakmur

Pemuda BN Indera Mahkota anjur Karnival Anak Muda

Faiz mengedar borang cabutan bertuah sempena Karnival Anak Muda Indera Mahkota

KUANTAN 5 Mac – Pemuda Barisan Nasional (BN) Indera Mahkota buat julung kalinya akan menganjurkan Karnival Anak Muda Indera Mahkota 2018 pada 18 Mac ini di Pantai Batu Hitam di sini.

Ketua Pemuda BN Indera Mahkota, Muhammad Faiz Hashim berkata, karnival itu bertujuan mendekati dan merapatkan hubungan anak muda di kawasan Indera Mahkota.

“Pelbagai acara menarik akan diadakan sepanjang karnival yang bermula pukul 8 pagi sehingga pukul 6 petang itu.

“Antara acara diadakan ialah temuduga terbuka kerja ‘Indera Mahkota Job Opportunity’, pertandingan perlumbaan motosikal paling perlahan dan pertandingan motosikal cantik,” katanya di sini hari ini.

Muhammad Faiz berkata, karnival sehari itu turut dimeriahkan dengan acara cabutan bertuah yang mana hadiah keseluruhannya berjumlah kira-kira RM70,000.

“Antara hadiah yang bakal menanti anak muda adalah sebuah kereta Perodua Axia sebagai hadiah utamanya, motosikal dan basikal.

“Hadiah lain adalah pakej percutian ke luar negara, telefon bimbit dan pelbagai barangan elektrik,” ujarnya.

Beliau sehubungan itu mengajak anak muda di Parlimen Indera Mahkota supaya ramai-ramai menyertai karnival tersebut.

Sumber

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: