Nafi terlibat isu kain rentang

KUANTAN – “Ini tindakan yang mahu menjejaskan imej saya sebagai Ketua Umno Bahagian Indera Mahkota,” tegas Datuk Mustaffar Kamal Ab Hamid merujuk kepada penggantungan kain rentang di Beserah sehingga Chendor yang mengaitkan namanya.

Sebanyak 10 banting dikesan digantung di tepi jalan di sekitar Beserah sehingga Chendor yang bertulis mengenai kekecewaan beliau tidak dipilih sebagai calon BN pada PRU14 ini.

Menurut Mustaffar Kamal, perbuatan pihak tidak bertanggungjawab itu dilihat seperti mahu mensabotaj parti dan menjadi isu tidak dipilih sebagai calon sebagai agenda.

“Saya terkejut apabila dimaklumkan perkara ini kerana bagi saya soal dicalonkan atau tidak adalah keputusan pucuk pimpinan parti.

“Saya tetap turun padang membantu jentera parti berkempen bagi memastikan kemenangan BN di Indera Mahkota,” katanya kepada media pada sidang media di Pejabat Umno Bahagian Indera Mahkota, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Ketua Umno Bahagian Indera Mahkota, Datuk Mazlan Mat Rashid.

Mustaffar Kamal berkata, sekiranya pihak terbabit mahu melemahkan parti atau membuat fitnah terhadapnya, ia hanya membuang masa.

Katanya, dalam tempoh ini semua pihak bekerjasama untuk melihat kemenangan BN dan bukannya membuat pertama memalukan itu.

“Sebagai orang lama dalam parti, kita perlu menerima secara terbuka apa sahaja keputusan termasuk dalam isu calon ini.

“Saya buat kerja seperti biasa dan terus bersama parti,” katanya.

Berikutan kejadian itu, Mustaffar Kamal membuat laporan polis di Balai Polis Beserah dan mahu siasatan dijalankan segera.

Sumber

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s