TUGASAN PERTAMA KPN CEMERLANG!!!

image
KPN dan KP2 Bahagian bersama YAB DSDR MB Pahang

Tugasan pertama sdr Shahar Abdullah setelah dilantik Ketua Pemuda Negeri Pahang berjaya.PRK N01 Pengkalan Kubor merupakan medan pertama beliau menunjukkan KPI sebagai Ketua Pemuda Negeri.Ini telah diterjemahkan dalam gerak kerja berfokus bersama barisan Ketua2 Pemuda Bahagian dan Pemuda Negeri Pahang setelah berkampung hampir 2 minggu di Pengkalan Kubor.

image
Shahar dalam gerak kerja meraih undi

Pahangnews yang sempat bersama Sdr Shahar melihat keperibadian beliau yang mudah didekati merupakan faktor utama beliau disenangi oleh semua.Sentiasa merendah diri dan belajar adalah resepi beliau untuk terus maju ke hadapan.Gerak kerja beliau bersama pemuda Pahang di PDM Geting amat berjaya kerana telah berjaya menurunkan jumlah majoriti pihak lawan hampir 200 undi dimana PDM ini merupakan kubu kuat PAS.

image
NKPN turut membantu KPN dalam kempen PRK

Beliau juga turut bertuah kerana NKPN beliau sdr Azril Sarit turut memiliki kepimpinan yang sama seperti beliau.Jadi tugas yang dibuat secara kerjasama berpasukan ini ternyata sedikit sebanyak merupakan faktor kemenangan calon BN YB Ustaz Mat Razi.

image
Shahar dan Azril yang turut berpanas meraih undi

Apa yang Pahangnews suka melihat adalah KPN dan NKPN yang bersama Skuad gempur Pemuda Pahang berpanas meraih undi di tepi jalan menghala ke pusat mengundi.

Teruskan usaha dan khidmat sebegitu agar Pemuda Pahang selepas ini dipandang dan lupakan titik hitam yang lalu.Jadikan pengalaman yang lepas sebagai pengajaran untuk kebaikan keseluruhan Pemuda Negeri Pahang.

#Pemuda Pahang Pemuda Bermaruah


One thought on “TUGASAN PERTAMA KPN CEMERLANG!!!

Leave a comment